“Dalam Proses Biasakan Diri. Suami Okay Saja… Bukanlah Satu Hal Serius,” – Elfira Loy Respon Soal Tersasul Bahasakan Diri Kakak Terhadap Anak

Pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang baru sahaja melahirkan puteranya, Muhammad Rayaan Khalaf 1 Oktober lalu ada mengulas mengenai dirinya yang tersasul membahasakan dirinya sebagai ‘kakak’ terhadap anak sulungnya itu.

Katanya kepada MH, dia sendiri tidak pasti ia diviralkan kerana itu bukanlah hal serius kerana kehadiran ahli baru dalam keluarganya adalah yang pertama.

Malah, mereka sekeluarga sedang sesuaikan diri.

“Tak tahulah… Semua benda nak viral. Macam mana ya? Saya pun tak pernah ada anak buah. Saya tidak pernah bahasakan diri dengan ‘Mama El’ ke, ‘Auntie El’ ke,” seloroh El.

Pada masa sama, bintang berusia 25 tahun ini memaklumkan suaminya, Muhamad Faris Khairol Anuar memahami situasi berkenaan.

“Jadi kami semua sedang dalam proses untuk biasakan diri adanya bayi, ahli baru dalam keluarga kami. Cucu pertama, anak saudara pertama dan sebagainya.

“Dia okay saja, ia bukanlah satu hal yang serius. Tak semestinya perkara viral itu suatu yang serius. Ia pun mungkin ‘funny’ to them jadi viralkanlah,” jelas El.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Me : Kakcik , tolong ambikkan gambar 😁. Kakcik : *snap* kdah bye . ……. …. … .. . Okaaaaay thanks. terimalah ootd tudung masih terikat ke atas baru lepas tukar diapers anak , butang masih tak sepenuhnya pasang baru lepas menyusukan anak. Hmmkay.| i want to show youuuu my fav top & palazzo from @misslilyshop they have the range that i want as a mommies now. Im sure u gonna love what they have too

Siaran dikongsi oleh 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) pada

Ditanya apakah gelaran yang akan diguna pakai terhadap anak, ini reaksinya;

“Sekarang ni antara Mama atau Mommy, kalau dia dah pandai bercakap tunggulah dia nak panggil apa,” jelas El yang turut dalam proses mendapatkan kembali bentuk tubuh ideal usai pantang.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dalam proses kembali bentuk tubuh idealnya, El kongsi cara pantang lepas bersalin anak sulung #MHnews #MediaHiburan

Siaran dikongsi oleh Media Hiburan (@mediahiburanofficial) pada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : MH

Be the first to comment on "“Dalam Proses Biasakan Diri. Suami Okay Saja… Bukanlah Satu Hal Serius,” – Elfira Loy Respon Soal Tersasul Bahasakan Diri Kakak Terhadap Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*