”Harry Potter Punya Graduasi Ke Ni?” Graduan Sempat Lagi Buat Magik Depan Kamera.

Hari konvokesyen sememangnya  hari bermakna buat mahasiswa dan mahasiswi, di mana hari bersejarah tersebut merupakan detik untuk mereka terus melangkah maju ke hadapan sebagai seorang graduan.

Banyak ragam dan telatah yang dapat disaksikan pada hari itu. Jika sebelum ini kita pernah disensasikan dengan aksi tarian graduan yang menerima skrol, lain pula hal yang berlaku dengan seorang graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini.

Aksi graduan itu dimuat naik sendiri oleh lelaki berkenaan menerusi akaun Twitternya, @ufakhrul. Menerusi rakaman video pendek berdurasi 4 saat tersebut, dapat disaksikan bahawa Fakhrul sempat melakukan aksi silap mata!

Memberi kredit kepada isterinya, Azwana yang merakamkan aksinya itu, Fakhrul yang pada ketika itu sedang berjalan dalam keadaan berbaris dengan graduan lain dilihat bersahaja berjalan dalam keadaan tangan kosong.

@ufakhrul

Namun, dalam sekelip mata terdapat sekeping yang dilihat seperti kad, secara tiba-tiba muncul pada tangan graduan berkenaan. Hebat betul, bukan?

@ufakhrul

Tweet tersebut menerima sehingga 28,600 retweet oleh warga Twitter. Rata-ratanya berasa kagum dengan bakatnya

@ufakhrul

@ufakhrul

Ada juga yang menyarankan agar Fakhrul menyambung pengajian ke Hogwarts

@ufakhrul

Menerusi saluran YouTubenya, Fakhrul juga pernah membuat persembahan silap mata secara langsung menerusi rancangan Malaysia Hari Ini.

Di mana dia menukarkan sarung tangan menjadi sehelai kain yang panjang, menukarkan tisu yang dicarikkan kepada lembaran tisu yang panjang, gelung besi dan pelbagai lagi.

Sumber: SiakapKeli

Be the first to comment on "”Harry Potter Punya Graduasi Ke Ni?” Graduan Sempat Lagi Buat Magik Depan Kamera."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*