Pasangan Ini Rakam Gambar Kahwin Di Pasaraya, Lokasi Pertemuan Mereka Kali Pertama Cukup Unik!

‘Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain’. Itu antara peribahasa Melayu yang mengingatkan bagaimana sesuatu lokasi itu sentiasa dalam ingatan kerana ia salah satu yang berada dalam ‘lipatan’ sejarah hidup bersama pasangan.

Jika kebiasannya ramai pasangan pengantin baru memilih untuk merakamkan foto perkahwinan di lokasi lebih semulajadi dan cantik seperti di taman, tapi lain pula buat pasangan ini.

Jessica dan Brandon Brown memilih untuk mengadakan sesi pengambaran foto perkahwinan mereka di lokasi pertama kali mereka bertemu iaitu pasaraya Costco di Hawaii.

Makanan mac and cheese menjadi punca mereka bertemu dan jatuh cinta pada tahun 2017. Pasangan ini akhirnya berkahwin pada Mei lalu di tepi pantai berdekatan Honolulu.

Bagaimanapun selepas sebulan melayari alam rumah tangga mereka kembali ke pasaraya ini untuk merakamkan foto perkahwinan mereka.

Hasil foto perkahwinan mereka cukup unik dan kelihatan penuh kegembiraan! Berikut antara hasilnya…

Sumber: Insider / Himpunan Cerita Lawak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Pasangan Ini Rakam Gambar Kahwin Di Pasaraya, Lokasi Pertemuan Mereka Kali Pertama Cukup Unik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*