Selebriti Popular Punya Anak Kembar Comel, Ada Yang Jarang Muncul Di Kaca TV!

Selain kerjaya selebriti, perkhabaran mereka menerima cahaya mata juga turut mencuri tumpuan.

Buat selebriti yang menyambut cahaya mata sulung,tahniah diucapkan dan tidak dilupakan buat mereka yang menambah bilangan zuriat pada tahun ini.

Tahniah di ucapkan kepada pelakon Zizie Ezette yang selamat melahirkan anak kembar lelaki pada 29 Disember lalu.

Memang seronok sangat jika dikurniakan anak kembar. Antara pasangan kembar paling popular ialah anak kepada pelakon Eina Azman. Memang comel sangat.

Kali ini, kami ingin kongsikan 9 selebriti yang memiliki anak kembar yang sangat comel. Ada di antara selebriti ini pasti ramai yang tidak tahu bahawa mereka memiliki anak kembar.

1. Eina Azman

Anak pasangan ini antara yang menjadi perhatian netizen. Mana tidaknya, pelakon Eina Azman dan suami dikurniakan sepasang anak kembar comel iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

2. Sazzy Falak

Pelakon dan pengacara Sazzy Falak turut memiliki anak kembar perempuan Imaan Lily dan Tiara Rose yang kini berusia 7 tahun.

3. Zarina Zainuddin

Memiliki sepasang anak kembar autstik iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal)ternyata cabaran besar buat pelakon Zarina Zainuddin.

4. Nurul Syuhada Nurul Ain

Personaliti TV Nurul Syuhada Nurul Ain juga memiliki sepasang anak kembar comel yang kini berusia 4 tahun. Pasangan kembar itu diberi nama Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan.

5. Dr. Sheikh Muszaphar

Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar dan pasangannya Dr. Halina juga baru menimang kembar lelaki comel yang diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia 5 bulan.

6. Zizie Ezette

Turut berkongsi berita gembira ialah kakak ipar Syatilla iaitu Zizie Ezette. Pelakon ini mengambil risiko apabila disahkan hamil kali kedua selepas sembilan bulan melahirkan anak kembarnya, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette secara pembdahan pada 29 Disember 2017.

Sebaik disahkan hamil, Zizie lega kerana doktor memaklumkan semuanya baik dan tidak ada masalah untuk hamil kali kedua.

Zizie mengumumkan berita gembira itu di Instagram dan bakal melahirkan anak perempuan dijangkakan pada Mac ini. Kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini berkahwin dengan ahli politik, Bung Mokhtar pada 2009.

7. Sharifah Aleya

Mesti ramai yang tidak tahu anak sulung pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya merupakan kembar perempuan iaitu Aza Ameena Muhd Ashraf dan Asha Ameena Muhd Ashraf yang kini berusia 9 tahun.

8. Fad Bocey

Pelawak popular Fad Bocey juga dianugerahkan kembar lelaki yang cukup comel iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang kini berusia 3 tahun.

9. Ziana Zain

Penyanyi bersuara lantang Ziana Zian juga antara selebriti yang memiliki sepasang anak kembar yang kini berusia 9 tahun. Nama anak kembar Ziana Zain memang cukup unik iaitu Siti Nur Kasih dan Muhammad Ariel.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SinarViral

Sumber : Rotikaya,MediaGempak via Sweetnutella

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*