“Sentiasa No 1 Di Hati, Merdunya..” – Tokti Kongsi Video Berqasidah Dipuji Ramai

Suaranya apabila menyanyi tidak perlu dibandingkan dengan sesiapa, memang cukup merdunya, lemak dan sedap telinga mendengar. Itulah dia penyanyi nombor 1 negara, kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti oleh peminatnya.

Biarpun sudah bertahun-tahun dalam industri hiburan tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih mengeluarkan lagu demi lagu dan aktif mengadakan persembahan buat peminat-peminatnya.

Pencapaiannya pula dalam bidang nyanyian usah dipertikaikan, apa sahaja majlis anugerah yang namanya tercalon pasti Tokti akan merangkul anugerah tersebut. Sehinggakan beliau terpaksa mengundurkan diri untuk memberikan peluang kepada yang lain.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah…suka saya dapat bersama di majlis Maulud.. Saya baru belajar , kalau sumbang & salah ,maafkan saya.. Qasidah Qamarun kesukaan saya..

Siaran dikongsi oleh Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) pada

Cukup merendah diri, mesra dan bersahaja itu antara sifat biduanita ini. Terbaru, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsikan video dirinya berqasidah di Instagram.

Kurang dari sejam beliau memuatnaik video itu, ia sudah meraih lebih 27,000 tontonan. Menerusi ruangan kapsyen beliau menulis bacaan qasidah itu adalah antara kesukaannya iaitu Qasidah Qamarun.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui akaun Instagramnya:

Rata-rata netizen memuji kemerduan bacaan Qasidah Qamarun oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza ini di ruangan komen.

“Sentiasa no 1 di hati…merdu”

  

“Sangat sesuai untuk seorang muslimah. Berqasidah bersama muslimah sahaja”

“Tak puas dengar. Bestt. Qasidah Qamarun pun kesukaan saya”

“Merdunya…sedap dengar..best”

Sumber: CTDK via HCL 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "“Sentiasa No 1 Di Hati, Merdunya..” – Tokti Kongsi Video Berqasidah Dipuji Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*