“Terbaiklah Makan Beradab” – Pengantin Selamba Lepak Makan Di McD Tarik Perhatian Ramai

Setelah seharian menjadi ‘raja sehari’, kadang kala tidak sempat bagi mengisi perut lapar selepas sibuk melayani para tetamu yang dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan.

Menjelang waktu petang pula, pasangan pengantin mula melakukan ‘photoshoot’ di lokasi pilihan bagi mendapatkan gambar terbaik mereka. Dah tu, bila pula nak makan ni?

Begitu terjadi kepada pasangan pengantin baru ini apabila mengambil keputusan untuk singgah di sebuah restoran makanan segera di Gopeng, Ipoh.

Lepas akad nikah, terus pergi McD!

Setelah gambar dia dan suaminya tular, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Anis itu turut memuat naik beberapa keping gambar di laman Twitter miliknya ketika menikmati juadah di restoran berkenaan.

Saya dah selamat bergelar Puan!

Menerusi posting tersebut, mereka yang lengkap berpakaian pengantin serba putih kelihatan beratur membeli menu pilihan sebelum duduk berdua di meja makan.

Tapi jangan salah faham…

Posting berkenaan mengundang perhatian warganet bagi memberikan komen yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwinan itu dan berharap mereka berdua kekal bahagia hingga ke syurga.

Tahniah! Semoga berkekalan

Dua2 sama cantik sama padan!

Oh ni la yang tular lepas kahwin pergi McD tu!

Makan beradab ke?

Nak cuba ayam 3x pedas kot?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Anis , Ahmad Haris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*