“Tidur Kena Ada Bantal Busvk,”Nampak Gans Dalam Filem Wira, Tapi Hairul Azreen Dedah Sikap Sebenar Fify Azmi

Gandingan pelakon Hairul Azreen dan Fify Azmi apabila membintangi dalam filem Wira kian mendapat perhatian.

Pelbagai aksi lasak diketengahkan mereka tapi jangan tak tahu, Fify rupanya seorang yang manja dan tak boleh lekang dengan bantal busuknya!

Perkara itu didedahkan Hairul perihal sikap sebenar finalis Dewi Remaja 2015 itu ketika berada di set lakonan filem Wira.

Hero filem Wira itu memaklumkan, Fify dia memiliki ‘bantal busuk’ walaupun sudah berusia 29 tahun.

“Si @fifyazmi ni pukul orang sana sini dalam filem @wira_2019 tapi tidur kena ada bantal busuk. haha, btw kesian sy tgok budak ni, first time belakon!

“Tak berapa faham keadaan masa Shoting lepas tu , bila ada masa walaupun 5m dia mesti hilang, kalau jumpa mesti dia tgh tido sebab kepenatan.

“Walaupun dia tak larat tapi abg bangga dgn lakonan kau fighting kau dlm filem ni,” tulisnya.

Selain itu, peminat turut memberi pelbagai reaksi apabila melihat perkongsian Hairul.

Filem aksi hebat ini dilakonkan oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Zizan Razak dan telah ditayangkan di pawagam bermula 21 November lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH via KLPRESS

Be the first to comment on "“Tidur Kena Ada Bantal Busvk,”Nampak Gans Dalam Filem Wira, Tapi Hairul Azreen Dedah Sikap Sebenar Fify Azmi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*