“Tuah Suara ‘Jantan’,” Yusuf Bahrin Tak Sangka Boleh Bergelar Pelakon

Pelakon baru, Yusuf Bahrin tidak menyangka percubaannya bergelar aktor pada tahun ini diterima baik menerusi dua drama lakonannya, Sweet Dreams dan Satukan Rasa.

Menurut Yusuf, dia bersyukur dianugerahkan suara ‘jantan’ yang sukar didapati di dalam kalangan pelakon tanah air.

“Dari segi lontaran suara, itu dikira kelebihan saya dapat suara dalam. Saya anggap ia seperti rezeki dan akan gunakan sebaik mungkin.

“Sebelum ini ramai yang cop saya seperti Aeril Zafril tapi perkara itu tidak menggangu pun. Dulu sama mungkin sebab rambut saya panjang dan berjambang tapi tapi sekarang saya dah potong pendek dan trim jambang,” katanya.

Yusuf ditemui semasa menjalani penggambaran drama Satukan Rasa bertempat di Star Avenue Lifestyle Mall, Sungai Buloh pada Rabu.

Menjadikan aktor Faizal Hussien sebagai idola, Yusuf akui sudah mula menerima tawaran filem namun masih belum boleh berkongsi mengenai perkara tersebut.

“Saya bermula sebagai tukang gunting rambut dan kini memiliki kedai sendiri bersama seorang rakan kongsi di Melaka.

“Malah selain berlakon, kalau boleh saya nak cuba bidang pengacaraan. Saya tengok kerjaya sebagai pengacara macam seronok. Itu pun kalau ada rezekilah pada masa akan datang,” ujar Yusuf lagi.

Terdahulu, antara pelakon lelaki yang terkenal dengan suara ‘jantan’ adalah Remy Ishak, Bront Palarae, dan Zul Ariffin.

Selain Yusuf, drama Satukan Rasa terbitan Suhan Movies ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine Mike, Yusuf Bahrin, Nina Juren, Nadya Syahera, Isyariana dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, drama rantaian terbaharu ini mengisahkan Indah (Siti Nordiana), seorang balu dan ibu yang pernah menjadi seorang penyanyi terkenal suatu ketika dahulu.

Indah terpaksa masuk semula ke dalam industri muzik tanah air selepas dia dipadankan untuk membantu Jai (Khai Bahar), penyanyi viral yang mempunyai masalah gemuruh di atas pentas.

Jangan lupa saksikan drama Satukan Rasa di slot Megadrama mulai hari ini, 4 November 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Tuah Suara ‘Jantan’,” Yusuf Bahrin Tak Sangka Boleh Bergelar Pelakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*